Aku merenung kembali pengalamanku sepanjang praktikum semasa Fasa I dulu. Mengingati semula menyebabkan aku terasa bersalah dan tiba-tiba mengundang sebak di dadaku dan begitu mudah membuatkan aku menitiskan air mata.
Ku renung kembali setiap yang berlaku ke atas diriku dan rakan sepraktikumku. Namanya ialah Fatimah. Terimbau kenangan dulu apabila seminggu terakhir kami habis praktikum di Sekolah Kebangsaan XXX. Pada hari mula-mula pergi ke sekolah tersebut aku merasakan kurang selesa dengan persekitaran dan suasana sekolah tersebut, lebih-lebih lagi pentadbirannya tetapi aku kuatkan semangat dalam menghadapi hari-hari yang aku jalani sebagai pelatih praktikum.
Sampai sahaja sekolah tersebut, aku menunggu rakan sepraktikumku, Fatimah. Aku tiba awal pagi, dalam pukul 7.15 pagi aku telah sampai manakala rakanku sampai pukul 7.30 pagi. Aku pergi awal kerana hari pertama mesti tunjuk prestasi baik sedikit..hehe… hari itu hari Ahad. So, mestilah ada perhimpunan.. Di perhimpunan kami diperkenalkan sebagai guru pelatih dan guru pembimbing saya seorang lelaki pada masa itu. Namanya Cg. Azman. Beliau seorang yang baik tetapi kurang memberi kami bimbingan. Mungkin kerana anaknya sakit dan beliau kerap keluar walaupun waktu persekolahan. So, beliau kekurangan masa untuk membimbing kami. Namun begitu, kami berdikari dalam menghabiskan hari-hari praktikum dengan kerjasama pembantu kami iaitu Kak Ha.
Seminggu telah berlalu..
Sepanjang seminggu yang lalu, kami tidak mengajar kerana perlu sesuaikan diri dengan persekitaran dan mengenali anak-anak murid kami. Anak-anak murid kami tersangatlah nakal. Tidak lagi ku jumpa senakal ini sepanjang berSBE di banyak sekolah yang aku pergi. Ia sangat mencabar aku sepanjang mengajar di prasekolah sekolah ini. Anak-anak muridku ada yang nakal, ada yang miang dan ada yang gedik-gedik. Walau bagaimanapun aku terima mereka seadanya. Tetapi kadang-kal menyebabkan aku berputus asa dalam menguasai mereka terutamanya dalam kawalan kelas. Aku selalu fail di situ. Sedih aku.. Kadang kala pulang daripada sekolah aku selalu menangis mengenangkan pengajaran dan pembelajaran yang aku laksanakan. Sedihnya tidak terkira…
Pada minggu kedua…
Aku telah didatangi oleh pensyarah pembimbingku iaitu, Pn. Noorizam. Beliau adalah pensyarah major kami. Aku selalu takut apabila mengetahui beliaulah yang menjadi pensyarah pembimbing aku. Rakanku tidak mengapa kerana dia sangat dikenali dan baik dengan pensyarahku ini. Aku ini tidak sangat terkenal kerana sikapku yang pendiam semasa di dalam kelas. Oleh sebab itu, aku kurang dikenali dalam kalangan pensyarah. Aku tidak suka menonjolkan diri. Okey sekarang kita sambung semula kisah tadi.. pada hari Isnin minggu kedua, Pn.Noorizam telah datang untuk memberitahu serba-sedikit apa yang perlu dilakukan oleh guru pembimbing kami.. ia dipanggil sebagai pra-penyeliaan. Pada masa itu juga, kami memberitahu jadual pengajaran kami.. di mana, aku mengajar pada hari Selasa dan Khamis manakala rakanku mengajar pada hari Isnin dan Rabu.
Pn. Noorizam tersangat cerewet orangnya.. dia menyuruh kami membuat satu persatu web tema, web khusus yang telah ada di dalamnya web aktiviti. Selain itu RPH kami perlu membuatnya selama 5 hari berturut-turut dan slot sebanyak 4 slot dalam satu hari penuh mengajar. Pada mula aku merasakan sangat terbeban tetapi aku menerimanya dan berfikir secara positif.
Pada minggu ketiga…
Pada minggu ini aku telah diobserve oleh Pn. Noorizam.. pada hari selasa aku telah diselia dengan aktiviti kumpulan dan modul bertema. Pada masa itu aku kelihatan sangat kalut dan resah. Keadaanku ini disedari oleh pensyarahku. Beliau menasihatiku supaya membuat dan mengajar seperti biasa dan beliau menyuruhku menarik nafas sebelum mengajar. Walaupun begitu aku masih merasa debaran di hatiku. Aku cuba yang terbaik. Dan markah yang aku dapat semesti aku rasakan sangat teruk kerana kawalan kelasku pada masa itu sangatlah teruk. Pulang aje daripada sekolah aku terus menangis dan terus menangis sehingga bengkak mata tidak surut-surut pada keesokkannya. Hehe..teruk betul aku nie..
Pada minggu last…
Okey pada minggu inilah tercatat peristiwa yang tidak mungkin aku boleh lupakan sehingga kini. Walaupun ia tidak terjadi kepadaku, aku mengambil pengajaran daripadanya. Peristiwa ini bermula pada hari Ahad.. dimana salah seorang ibu kepada seorang anak muridku memarahi rakanku, Fatimah selepas daripada perhimpunan. Pada masa itu aku tiada kerana pergi ke tandas.. ini adalah cerita daripada rakanku…
Mak Anis: Awak Cg. Fatimah kan??
Cg. Fatimah: A’ah.. saya Cg. Fatimah. Kenapa ye kak??
Mak Anis: Begini, awak janganlah marah apabila abang Anis nak melawat adik dio.
Cg Fatin: Sebenarnya kak. Tidak boleh orang lain melawat murid-murid prasekolah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku..
Mak Anis terus berlalu tanpa berkata apa-apa dan dalam keadaan marah.
Di Prasekolah… mak Anis mengadu kepada pembantu kami, Kak Ha. Dan Cg. Fatimah mengadukan hal ini kepada Cg. Azman. Kak Ha beritahu:
Kak Ha: Mak Anis oyak kat saya yang Cg. Fatimah kata bengong kat anak lelaki dia dan dia kata lagi tu baru jadi guru pelatih dah memandai-mandai.
Cg. Fatimah: Masa bila pulak saya kata gitu kat anak dio. Saya pon tak kenal anak lelaki dia.
Kak Ha: Mak Anis oyak Cg. Fatimah marah kat anak dia semasa di kantin.
Cg. Nurul: Fatimah, agaknya masa kita amik air untuk bagi ke murid-murid dok? Mu ada maroh ke seorang budak kan? Tapi saya tak da dengar pulak Fatimah kata bengong ke budak tu..
Cg. Azman pun datang dan meminta Cg. Fatimah bercerita semula dan beliau meminta seorang budak memangil abang Anis di kantin. Abang Anis pun datang bersama dua orang rakannya.
Cg. Azman: Betul ke awok cerita kat emak awok yang Cg Fatimah kata bengong kat awak.
Abg Anis: A’ah.
Cg. Fatimah: Saya tak kenal pun awak..
Cg. Nurul: Saya pun tak kenal dan seingat saya.. bukan dia yang Cg Fatimah marah semalam.
Cg Azman: Awak cakap molek Syafiq(abg Anis)..kalu awak tipu saya bawak awak jumpa cg disiplin.
Abg Anis: Eh..eh.. bukan cg nie maroh kat saya kat kawan saya ni (dia tunjuk ke arah rakannya di sebelah dia)
Syam: Eh.. mana ada cg Azman. Cg Fatimah mana ada oyak kat saya..
Abg Anis: Erm… bukan mu ke Syam??? Erm.. kawan saya sorang lagi kot cikgu.
Cg. Azman: Awok ni cakap betul.. cakap berbelit-belit. Mana satu yang betul tak tahu. Kalu saya dapat tahu awok cakap tipu saya akan bawak awk jumpa Cg Disiplin. Tak baik awok cakap gitu dah la cakap kat mak ayah awak kata Cg Fatimah cakap kat awok bengong. Padahal Cg. Fatimah xkenal pown awok. Kalu Cg Fatimah kata kat kawan apa kes awak oyak ke mak awoknye. Padahal xda kaitan pun ngan awok. Xpe la ni dh tamat masa rehat nanti kul 11 awok ajak kawan awok yang Cg Fatimah marah tu turun pukul 11.45 pagi nanti.
Jam menunjukkan pukul 11.45 pagi... kanak-kanak pun pulang kecuali Anis.
Mak Anis datang menjemput Anis. Kak Ha meminta Mak Anis menunggu sekejap dan Cg. Azman pergi ke pejabat. Terkejut saya dan rakan saya apabila Guru Besar dan Penolong-Penolong Kanan datang untuk menyelesaikan perkara ini. Guru Besar bertanyakan masalah yang berlaku. Guru Besar telah memarahi mak dan abang Anis kerana hal ini tiada kaitan dengan mereka. Guru Besar berkata begitu kerana mereka tiada kaitan dengan punca yang perkara ini. Hal ini kaitannya dengan anak orang lain. Mereka bising-bising kenapa??
Pada hari keesokannya…
Selepas tamat waktu persekolah bagi prasekolah.. tiba-tiba emak Anis datang menyerang dan berkata..
Mak Anis: Kenapa awak oyak kat Guru Besarnya?
Cg. Fatimah: Kak, bukan saya oyak ke Guru Besar.. Cg. Azman yang oyak. Tanya Cg Nurul??
Cg. Nurul: Betul kak.. Cg. Azman yang oyak ke Guru Besar.
Mak Anis memarahi Cg Fatimah tanpa usul periksa dan beliau macam tidak percaya dengan kata-kata kami. Ketika itu, Cg. Azman berada di kantin dan Kak Ha berada di dapur prasekolah..
Cg. Fatimah terus berlalu untuk meminta pertolongan Cg Azman. Dan aku menerangkan kembali perkara sebenar kepada mak Anis sampaikan meminta pertolongan Kak Ha.
Di kantin…
Rakanku, Cg Fatimah telah mengadu kepada Cg Azman tetapi nasib tidak baik apabila GB ada di kantin. Aku pulak risau di mana Fatimah berada kerana aku telefon tidak berangkat. Aku pun pergi ke kantin dan Nampak rakanku, Fatimah dimarahi oleh GB. GB berkata yang beliau tidak pernah jumpa guru pelatih yang menangis apabila masalah yang melanda diri dia. Dan dia lari dari masalah tersebut. Dia juga berkata dia tidak pernah jumpa guru pelatih yang kurang ajar. Hal demikian kerana Fatimah mencelah apa yang dicakap oleh beliau. GB seorang yang pantang apabila dia bercakap orang lain mencelah.
Pada hari rabu minggu tersebut, aku dan rakanku telah diselia untuk kali terakhir oleh Pn. Noorizam. Aku sampai tidak ada semangat dalam mengajar pada hari itu. Begitu juga rakanku. Aku berbicara dengan rakanku sama ada mahu memberitahu perkara tersebut kepada pensyarah atau tidak?? Kami mula berbincang dan keputusannya kami tidak memberitahu pensyarah kami kerana takut menjejaskan markah praktikum kami..
Peristiwa ini dijadikan sebagai pengajaran pada masa akan datang… semoga ia tidak berlaku lg..