Tuesday, June 24, 2014

Solat Jamak & Qasar



SOLAT JAMAK
Jamak ertinya menghimpun dua solat ke dalam satu solat. 
Solat yang boleh di jamakkan ialah solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dan Isyak. 
Jamak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :
Jamak Takdim
Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dalam waktu Zohor dan Solat Maghrib dengan Isyak dalam waktu Maghrib.Syarat Jamak Takdim : 
i.Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohor kemudiannya diikuti dengan Asar dan Maghrib kemudiannya Isyak
ii.Niat Jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram
iii.Berturut-turut (Muawwalat) antara solat yang pertama dengan solat yang kedua.
Jamak Takhir
Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dan dilakukan dalam Waktu Asar. 
Manakala solat Magrib dilakukan pada Waktu Isyak.
Syarat Jamak Takhir : 
i.Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama yang ia akan menangguhkan solatnya hingga ke waktu yang kedua.
ii.Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat.
SOLAT QASAR
Qasar ertinya memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja. 
Solat yang boleh dipendekkan ialah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja.
Syarat-syarat sah Solat Qasar ialah : 
Musafirnya tidak bertujuan maksiat.
Perjalanannya melebihi 2 marhalah iaitu 60 batu / 96.6 km
Diniatkan qasar solat ketika takbiratul ihram
Tidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna (Tamam)
Mengetahui solat qasar itu menjadi harus baginya
Mengetahui tempat yang hendak dituju, jika tiada tujuan atau matlamat tidak sah qasarnya
Tidak boleh qada qasar solat yang ditinggalkan semasa di tempat kediamannya tetapi solat yang ditinggalkan semasa dalam musafir boleh di qada'
Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya
Contoh niat bagi solat qasar adalah seperti berikut (Solat Zohor) : 
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah taala.
HAL-HAL YANG BERKENAAN DENGAN JAMA' DAN QASAR 
Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harus melakukan solat qasar dan jama' sekali. Ertinya ia boleh menjama'kan di antara dua solat dan mengqasarkan sekali.
Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut : 
Menjama'kan dua solat fardhu tanpa qasar 
Menjama'kan dua solat fardhu dan qasar.
Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan melalui cara ini :
Niat Jama' Taqdim dan Qasar : 
i.Solat Zohor dan Asar. 
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala 
Mengerjakannya dengan azan dan diiringi iqamat. 
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat pula seperti berikut : 
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala
ii.Solat Maghrib dan Isya' 
Sahaja aku solat fardhu Magrib tiga rakaat serta di jama'kan ke dalamnya Isya' kerana Allah Taala 
Solat maghrib tidak boleh diqasarkan.
Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib - isya' sama dengna niat jama' taqdim zuhur-asar. setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut : 
Sahaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala
Niat Jama' Takhir dan Qasar: 
i.Solat Zohor dan Asar 
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala 
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut : 
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala
ii.Solat Maghrib dan Isya' 
Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat dijama'kan dengan isya' tunai kerana Allah Taala. ! memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut : 
Sahaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala
Saya juga sekadar berkongsi ilmu. Sila rujuk pada yang lebih arif untuk penjelasan yang lebih sempurna dan supaya tidak timbul sebarang kekeliruan. Moga kita sama2 dpt mengingati dan membetulkn apa yg kurang disamping menambah ilmu. T/kasih. Wasallam.

Saturday, April 26, 2014

PeRcUtiAn GooD fRiDay !!!


Hai kawan2.. Apa khabar? Harap2 sihat la ye.. Dah berapa bulan Cik Nuyu xpost kat sini kan..
hehe..

Di sini Cik Nuyu nak cerita taw.. Sepanjang percutian Good Friday, Cik Nuyu ada pergi ke Sabah lagi..
Kali ini kawan2 Cik Nuyu ada datang sekali iaitu Wani dan Shimah serta Al juak datang.. kawan kpd housemate saya pun ada sekali..iaitu El dan Nisa...
Di sini CIk Nuyu malas mahu bercerita panjang tetapi biar picture yang bercerita ya.. hahaha

El, Nisa n Aq

Monday, March 17, 2014

REsepI PerSahabaTan !! TinGgaL KenaNGan AKak DAyana di SKKP ='(


Hai semua.. Harap kawan2 Cik Nuyu sihat semuanya.. Pada hari ini Cik Nuyu berasa sangat sedih bile berjumpa dengan salah seorang bekas guru di SK Kuala Penganan, iaitu Kak Dayana Cik Nuyu panggilnya..
Beliau merupakan seorang akak yang sangat perihatin orangnya.. Cik Nuyu sangat respect kat beliau kerana keperibadian beliau juga la menjadi idola buat Cik Nuyu. Tapi apakan daya perkenalan kami hanya sementara.. Sesampai tidak lebih daripada 8 bulan kami berkenalan beliau sudah dipanggil ke PPD.. Sedih juak bile dikenangkan.. Tapi apakan daya..
Walaupun begitu kami kadang kala berjumpa juak melepas rindu masing.. Di sini Cik Nuyu berkawan dengan Akak Dayana, Dillah dan K. Joyce (Guru yang baru masuk awal tahun ini..) hehehe.. Ape2 korang memang best 

Sunday, November 10, 2013


 
Hai.. lame Cik Nuyu xpost dalam blog nie kan.. dah berkurun dah rasanya.. Maaf la ye rakan2  Cik Nuyu terlampau busy di sekolah.. hehehe..
Rasa2 Cik Nuyu, kwan2 mesti dah tau kan Cik Nuyu mengajar di mana kan..kan..???
Tapi Cik Nuyu nak bgtaw smula la.. Cik Nuyu sekarang mengajar di Sarawak.. Terkejuttt kan??? Huhuhu.. 

Monday, June 10, 2013

Surat Lantikan SPP dh dpt!!

Ok alhamdulillah, Cik Nuyu sangat gembira ari nie sbb Cik Nuyu dh dpt surat lantikan spp.. skunk tinggl surat posting je tinggal.. hati nie berdebar xyah nak cakap la. Arap2 dpt dekat2 je dgn family Cik Nuyu.. Mak Cik Nuyu berharap sgt Cik Nuyu dpt dekat ngan dye.. Arwah Cik Nuyu dh xda katenye... xley dye nk bergerak ke mana2 nanti kalu Cik Nuyu xda.. sedih plak Cik Nuyu mendengarnya..:'( Korg yg sudi membaca blog Cik Nuyu nie, Cik Nuyu minta tolong doakan Cik Nuyu ye..

Wednesday, June 5, 2013

pic KONVO with family n frensss



Sory lama dh Cik Nuyu xupdate blog nie..
Sibuk ekpun.. ape2 pn entri kali ini adalah MyConvoDay!!
Setelah berpenat lelah menghabiskan pengajian di IPG Kampus Kota Bharu akhirnye dpt jgak konvo.. Skunk, Cik Nuyu menunggu surat lantikan spp dan surat posting yg dengarnya akan dpt bulan JUN ini.. kite tgk la ye nanti..

Wednesday, January 23, 2013

Aku Ini Tulang Rusuk Kiri Siapa?

Lame kan aq xpost ko blog kan..haha (ckp sesorg kat sini buat ape Cik Nuyu oi.. )
Ape2 pun aq ada la terbace kat blog sape ntah... nama blog dye PEN PATAH.. (pen ye patah sokmo ke?? hehe.. jangan marah ye owner pen patah..gurau je) Aq bkenan plak dgn motivasi yg dipost olehnye..

Monday, January 7, 2013

Nota Temuduga SPP

BAB 1 : TERAS PENDIDIKAN NEGARA

1.1 : Rukun Negara

1.2 : Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1.3 : Wawasan 2020

1.4 : Islam Hadhari



1.1 : RUKUN NEGARA
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

(1)Kepercayaan kepada Tuhan
(2)Kesetiaan kepada Raja dan Negara
(3)Keluhuran Perlembagaan
(4)Kedaulatan Undang-undang
(5)Kesopanan dan Kesusilaan

Kepercayaan kepada Tuhan
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara. 


Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Keluhuran Perlembagaan

Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat. 

Kedaulatan Undang-undang

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan. 

Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.


Sumber: http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Tuesday, January 1, 2013

Selamat Tinggal 2012, Selamat Datang 2013!!

Hai.. orang semua buat wish2 selamat tahun baru 2013..
Cik Nuyu mahu wishhh3 jugaklah..
Okey la.. sempena tarikh 1.1.13 ari nie, Cik Nuyu mahu bgtaw la kat you all..
mcm2 hajat yang Cik Nuyu nk buat.. antaranya ialah:

Saturday, December 29, 2012

M3k b3l4nJ4 !!

Hai kawan2 blog sume.. 
apa khabar? arap baik2 sume ye..hehe
ok la Cik Nuyu mahu corek sket crite nie... ini berkaitan tentang KFC punya pasal..
akak Cik Nuyu yang baik hati ini.. Mana satu kan akak Cik Nuyu nie kan?? nak kenal x? tgk kat facebook dye la ek.. taraaa.. Fajar @ mokmek org panggil dye..hehe.. Jangan mare ya!!

Thursday, December 27, 2012

Segmen Ilmu sebentar !

Hai semua... ari nie Cik Nuyu seharian menghabiskan bacaan 2 novel yang bertajuk Sekebun Bunga Cinta dan Sayang 3 Dalam 1.. namun, di sini bukan Cik Nuyu mahu ulas dua2 novel ini tetapi memetik sedikit Segmen Ilmu yang terdapat dalam kedua2 novel ini yang merasakan perlu Cik Nuyu kongsikan kepada semua.. baiklah sekarang Cik Nuyu mulakannya ya !

Tuesday, December 25, 2012

tanggal 22 Disember.. Cik Nuyu dapat ank buah lg!!

hai korang.. baru2 nie.. kak Cik Nuyu baru boleh baby.. nama baby xconfirm lagi..nnti Cik Nuyu update nama baby ye.. baby lahir pada 22 Disember 2012 baru2 nie.. hai baby.. nie gmbarnye
mata bulat gete..

mcm sape aw nie..hehe..

Thursday, December 20, 2012

Result KISSM

Alhamdulillah... keputusan sem 8 dan KISSM adalah lulus..ramai yang lulus..alhamdulillah.. Cik Nuyu dah semak keputusannya LULUS! alhamdulillah.. syukur. Cik Nuyu menyemak keputusannya di laman web http://apps.moe.gov.my/smg/05/050002/cari-keputusan.cfm

taraaa... nie result Cik Nuyu..

alhamdulillah lulus.. seterusnya nantikan temuduga plak..=)

Tuesday, December 18, 2012

JalaN2..

assalamualaikum...
cuti2 nie cik nuyu ada pergi bercuti bersama2 dgn family akak cik nuyu..
cik nuyu p melaka dan johor.. best juga..
di melaka cik nuyu ada pergi Zoo Melaka.. besar jgak zoonye..
selain tu, cik nuyu ada jugak p tempat lain spt bndar melaka..
tgk kapal cruise, dataran pahlawan,taming sari.. tp p taming sari xnaik plak..
nie separuh dr gmbar cik nuyu p jlan2 sekitar melaka..
sket je la gambarnye.. lagi pic ada pada kamera cik nuyu.. nanti ada masa cik nuyu upload lagi.

tupai malas

ain n anis dlm gua

kabur...

eee...ular nk patuk pun cik nuyu boleh senyum..haha

owl..

xingat dh nama ape binatang nie

kakak cik nuyu, fajariah

rusa

rusa belang

comel.. binatang nie pandai bergambar..=)

lembu ape ntah..

ecah, ain n kakak cik nuyu, kak ida berehat sbntar..


rhea

xingat nama ape binatang  nie..

harimau malayan

tapak kaki harimau

buaya

buaya hidung mancung

burung bangau

ibu gajah asia

ibu n anak gajah asia

iguana

ular

ular sawa kekenyangan

pUdiNG TrIfFLe CiK NUyu

assalamualaikum...
lame cik nuyu xupdate blog nie kan.. hehe.. sory byk ngat hal yg perlu diutamakan..
okey di entri ini.. cik nuyu ingin berkongsi resepi sket..
minggu lepas cik nuyu ada buat puding triffle.. best la jgak.. mak cik nuyu yg xpernah makan tu.. makan acap kali.. sodap dye kate..hehe.. kembang semangkuk cik nuyu.. kih3..
ok skunk cik nuyu berkongsi sket resepi puding triffle cik nuyu nie..lihat di bawah ye..

RESEPI PUDING TRIFFLE..

bahan2 (utk mkn 10 org)
1 gulung kek swiss roll (ikut perisa ape..yg cik nuyu gune perisa pandan)
1 paket jelly
1 tin susu cair
1 tin coktail@buah2an campuran (cik nuyu gune jenama HOSEN sbb byk buahnya)
1 tin air (gune tin susu cair tu..)
6 sudu kastard
4 sudu gula
1 sudu besar esen vanila
1 biji telur

cara2nye
1. Potong kek swiss roll lebih kurang 2cm. Susun kek tersebut ke dlm bekas transparent.
2. Masukkan susu cair, gula, esen vanila, telur dan kastard yang dicairkan dengan air ke dlm periuk. Masak dengan api perlahan dan kacau sentiasa sehingga pekat.
3. Tuang kastard yg tlh masak td ke atas kek dlm bekas transparent td. Biarkan sejuk seketika.
4. Kemudian,  letak coktail@ buah2an campuran ke atas kastard td.
5. Lepas tu, masakkan jelly dengan 2 cawan air (ikut cara masaknya di plastik jelly tersebut). Setelah masak jelly tersebut, tuang ke atas buah2an campuran tadi.
5. Sejukkan puding triffle itu dlm freezer selama 1 jam.


tarraaaa..nie hasil yg cik nuyu buat.. first time buat nie..hehe





Friday, November 2, 2012

Titipan DOa Buat Jannah

assalamualaikum..
post punye post tentang kawan2ku yang lain..
di sini ku tak mahu ketinggalan utk menitip kenangan dan doa untuk Jannah..
kawanku yang bertarung nyawa untuk hidup..
NURUL JANAH AHMAD..
merupakan seorang kawanku yang berasal daripada kuala berang, terengganu..
seorang kawan yang sangat baik buatku.. apetah orang lain kan??
tanggal 28hb Oktober 2012..
beliau xcident bersama kakak dn abg iparnye di jln ajil otw nk mai maktab..
jannah..
moga ko kuat kawan..
kawan2 di sini sentiasa mendoakan jannah..
jannah kuatkan semangat kawan..
demi ibu bapamu.. demi adik2mu..
demi kwn2mu janah..
jannah..
aku sentiasa merindui senyumanmu..
bangun la jannah...bangun la.. =)
al-fatihah..

xnak coret ape2..
sedih bile tengok korang !!
bile ntah boleh jumpe korang..
hanya gambar2 yang kaku ini menjadi tatapanku bile merindui kamu semua..
amer @abg long.. seingat aku aku mula bercakap ngan ko start sem 3..kan!!!

yan.. ko suka ajuk ckp org kan !


k.jue.. ko la kakak ko la ratu..hehehe

cik ten..

idah..

izam

zaha @ kuyup

eka

syam

shima

ex-roomate, ainur

k.mira

wani

huda

ina

noly

al

fira

sue


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pEmbErItAhUAn !!!

Blog ini diwujudkan untuk mencerita segala kisah suka duka hidup NUYU dan ia tidak melibatkan sesiapa yang tidak berkenaan...
Segala info2 dan artikel2 yang dicopy paste dalam blog NUYU ini akan dinyatakan dari mana sumbernya diambil...
Akhir kata, diharapkan segala coretan kat blog NUYU ini akan memberi manfaat kepada sesiapa yang suka terjah blog ini...

SEKIAN=)

NaK mAkAN !!