Friday, August 12, 2011

minggu kelima praktikum

Bilangan Jurnal                   : Ke-5
Minggu Praktikum               : Kelima
Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 1 hingga 5 Ogos 2011
Tajuk Jurnal                          : Masalah Lembaran Kerja

1.    Masalah
Pada minggu kelima ini, saya telah menghadapi masalah lembaran kerja yang saiz ‘font’nya terlalu kecil. Pada hari Khamis bersamaan dengan 5 Ogos 2011, saya telah ditegur oleh guru pembimbing mengenai lembaran kerja yang diberikan kepada murid ‘font’nya kurang sesuai terhadap pengamatan mata budak.

2.    Analisis
Masalah ini timbul kerana lembaran kerja yang saya berikan kepada murid adalah saya membuatnya sendiri. Saya tidak tahu penggunaan saiz ‘font’ biasanya berapa. Kadang-kadang saya membuatnya besar kadang-kadang tu sederhana besar. Saya sendiri baru perasan apabila guru pembimbing menegur saya. Misalnya, dalam aktiviti lembaran kerja suaikan perkataan dengan gambar. Lembaran kerja ini perlu diperbesarkan sedikit manakala satu lagi lembaran kerja tulis semula perkataan dibawah saya buat font besar dan ia okey bagi pengamatan murid-murid.

3.    Cadangan Untuk Memperbaiki
-          Saya perlu melihat banyak contoh-contoh buku aktiviti lembaran kerja.
-          Saya akan mendapat bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing dan pensyarah di samping berbincang dengan rakan-rakan.

4.    Tempoh Masa
Saya akan cuba mengatasi masalah ini pada sesi pengajaran yang akan datang kerana aktiviti lembaran kerja yang besar ‘font’nya dapat memelihara pengamatan murid-murid. Sekiranya, masalah in tidak dapat diatasi segera, sudah tentu objektif-objektif yang telah dirancang tidak tercapai sepenuhnya.



5.    Tindakan Susulan
Semasa membuat rancangan persediaan mengajar dan membuat lembaran untuk aktiviti yang dirancang, saya akan memikirkan dan cuba jaya saiz ‘font’ yang sesuai untuk murid. Hal ini senang untuk saya mengkaji saiz font yang sesuai untuk murid supaya penyediaan lembaran kerja akan dating tiada masalah lagi. Saiz font yang sesuai amat penting dalam pengamatan dan koordinasi mata dan tangan murid-murid.

jurnal minggu keempat praktikum

Bilangan Jurnal                   : Ke-4

Minggu Praktikum               : Keempat
Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 24 hingga 28 Julai 2011
Tajuk Jurnal                          : Masalah penulisan refleksi dan komunikasi

1.    Masalah
Pada minggu keempat, saya telah diselia oleh Tn. Hj. Aziz bin Jaafar pada 26 Julai 2011bagi subjek minor 1 saya, iaitu Pendidikan Jasmani. Semasa diselia, saya sudah kurang menghadapi masalah pengawalan kelas tetapi saya menghadapi masalah penulisan refleksi dan aspek komunikasi yang kurang jelas.

2.    Analisis
Masalah ini timbul kerana suara saya tidak kuat dan jelas. Manakala aktiviti yang saya laksanakan memerlukan suara yang jelas dan lantang kerana perlu mengajar di padang yang luas. Misalnya, semasa diselia oleh Tn. Hj. Aziz, saya telah mengajar Permainan Luar (Modul Asas). Di sini saya telah ditegur oleh En. Halim bahawa suara saya perlu kuatkan lagi dan jelas arahannya. Pada ketika itu, saya telah melaksanakan aktiviti berketengteng dengan lakuan yang betul. Di mana saya perlu membuat ansur maju lagi bagi menampakkan lagi murid boleh atau tidak membuat ketengteng dengan lakuan yang betul bagi mencapai objektif pembelajaran. Selain itu, Tn. Hj. Aziz telah melihat penulisan refleksi saya yang lepas. Di mana saya perlu menitikberatkan bagaimana perasaan saya dalam menulis refleksi dan letakkan diri saya dalam diri murid. Sama ada murid seronok atau tidak dalam menjalankan aktiviti dan bagaimana penyelesaian jika murid tidak seronok menjalankan aktiviti yang dicadangkan.

3.    Cadangan Untuk Memperbaiki
-          Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan permainan luar bagi kanak-kanak prasekolah yang menarik.
-          Bagi memastikan kawalan kelas tidak lagi tidak terkawal, saya kena sentiasa bersuara tegas dan lantang kerana selama ini suara saya terlalu perlahan.
-          Bagi penulisan refleksi pula, saya akan mempelajarinya dengan mengakses internet atau pencarian bahan dalam pustaka bagi bagaimana menulis refleksi yang betul.
-          Saya akan mendapat bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing dan pensyarah di samping berbincang dengan rakan-rakan.

4.    Tempoh Masa
Saya akan cuba mengatasi masalah ini pada sesi pengajaran yang akan datang kerana kawalan kelas yang baik perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran serta penulisan refleksi yang betul dapat memastikan pencapaian objektif yang dibuat. Sekiranya, masalah in tidak dapat diatasi segera, sudah tentu objektif-objektif yang telah dirancang tidak tercapai sepenuhnya.

5.    Tindakan Susulan
Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan objektif-objektif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan masa yang diperuntukkan dan menyediakan aktiviti pengukuhan yang berbeza bagi murid-murid yang ‘advance’ bagi mengawal kelas daripada bising. Selain itu, bahan bantu mengajar perlulah menarik dan besar agar dapat menarik minat murid-murid. Biasanya semasa set induksi, murid-murid perlu ditarik minatnya semasa waktu ini agar pembelajaran seterusnya dapat berjalan dengan lancar. Murid-murid tidak bising dan kawalan kelas terkawal dengan baik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pEmbErItAhUAn !!!

Blog ini diwujudkan untuk mencerita segala kisah suka duka hidup NUYU dan ia tidak melibatkan sesiapa yang tidak berkenaan...
Segala info2 dan artikel2 yang dicopy paste dalam blog NUYU ini akan dinyatakan dari mana sumbernya diambil...
Akhir kata, diharapkan segala coretan kat blog NUYU ini akan memberi manfaat kepada sesiapa yang suka terjah blog ini...

SEKIAN=)

NaK mAkAN !!