Friday, August 12, 2011

jurnal minggu keempat praktikum

Bilangan Jurnal                   : Ke-4

Minggu Praktikum               : Keempat
Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 24 hingga 28 Julai 2011
Tajuk Jurnal                          : Masalah penulisan refleksi dan komunikasi

1.    Masalah
Pada minggu keempat, saya telah diselia oleh Tn. Hj. Aziz bin Jaafar pada 26 Julai 2011bagi subjek minor 1 saya, iaitu Pendidikan Jasmani. Semasa diselia, saya sudah kurang menghadapi masalah pengawalan kelas tetapi saya menghadapi masalah penulisan refleksi dan aspek komunikasi yang kurang jelas.

2.    Analisis
Masalah ini timbul kerana suara saya tidak kuat dan jelas. Manakala aktiviti yang saya laksanakan memerlukan suara yang jelas dan lantang kerana perlu mengajar di padang yang luas. Misalnya, semasa diselia oleh Tn. Hj. Aziz, saya telah mengajar Permainan Luar (Modul Asas). Di sini saya telah ditegur oleh En. Halim bahawa suara saya perlu kuatkan lagi dan jelas arahannya. Pada ketika itu, saya telah melaksanakan aktiviti berketengteng dengan lakuan yang betul. Di mana saya perlu membuat ansur maju lagi bagi menampakkan lagi murid boleh atau tidak membuat ketengteng dengan lakuan yang betul bagi mencapai objektif pembelajaran. Selain itu, Tn. Hj. Aziz telah melihat penulisan refleksi saya yang lepas. Di mana saya perlu menitikberatkan bagaimana perasaan saya dalam menulis refleksi dan letakkan diri saya dalam diri murid. Sama ada murid seronok atau tidak dalam menjalankan aktiviti dan bagaimana penyelesaian jika murid tidak seronok menjalankan aktiviti yang dicadangkan.

3.    Cadangan Untuk Memperbaiki
-          Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan permainan luar bagi kanak-kanak prasekolah yang menarik.
-          Bagi memastikan kawalan kelas tidak lagi tidak terkawal, saya kena sentiasa bersuara tegas dan lantang kerana selama ini suara saya terlalu perlahan.
-          Bagi penulisan refleksi pula, saya akan mempelajarinya dengan mengakses internet atau pencarian bahan dalam pustaka bagi bagaimana menulis refleksi yang betul.
-          Saya akan mendapat bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing dan pensyarah di samping berbincang dengan rakan-rakan.

4.    Tempoh Masa
Saya akan cuba mengatasi masalah ini pada sesi pengajaran yang akan datang kerana kawalan kelas yang baik perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran serta penulisan refleksi yang betul dapat memastikan pencapaian objektif yang dibuat. Sekiranya, masalah in tidak dapat diatasi segera, sudah tentu objektif-objektif yang telah dirancang tidak tercapai sepenuhnya.

5.    Tindakan Susulan
Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan objektif-objektif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan masa yang diperuntukkan dan menyediakan aktiviti pengukuhan yang berbeza bagi murid-murid yang ‘advance’ bagi mengawal kelas daripada bising. Selain itu, bahan bantu mengajar perlulah menarik dan besar agar dapat menarik minat murid-murid. Biasanya semasa set induksi, murid-murid perlu ditarik minatnya semasa waktu ini agar pembelajaran seterusnya dapat berjalan dengan lancar. Murid-murid tidak bising dan kawalan kelas terkawal dengan baik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pEmbErItAhUAn !!!

Blog ini diwujudkan untuk mencerita segala kisah suka duka hidup NUYU dan ia tidak melibatkan sesiapa yang tidak berkenaan...
Segala info2 dan artikel2 yang dicopy paste dalam blog NUYU ini akan dinyatakan dari mana sumbernya diambil...
Akhir kata, diharapkan segala coretan kat blog NUYU ini akan memberi manfaat kepada sesiapa yang suka terjah blog ini...

SEKIAN=)

NaK mAkAN !!