mlm nie aq blajar resepi utk buat puding triffle.. akak aku (KAK IDA) suh tgk internet..nanti mau cuba la buat puding nie..hehe..
kat sini aku amik resepi nie drp sebuah blog iaitu
kak tECik..kredit for u!!!
Bahan-Bahan
kek swiss roll - saya guna perisa pandan sebab tak jumpa yang lain boleh gak guna kek span dll.
1 tin buah-buahan campuran
1 tin susu cair
1 peket jelly cristal tak kisah perisa ape
4 sudu besar tepung kastard
sedikit esen vanila
7 sudu gula pasir
1 tin air-sukat guna tin susu
whipping cream atau yogurt or aiskrim vanila ke ape tak kisahla kan
Cara-caranye
untuk lapisan pertama-yang bawah sekali
-potong swiss roll anggaran 1.5cm pastu susun dalam bekas seeloknya dalam bekas kaca biar nampak susunannya tapi saya guna bekas loyang biasa je.Pastu renjiskan sirap/air dari buah-buahan campuran biar kek tu lembab.(asingkan buah dan sirapnya)
-tabur sedikit buah-buahan campuran tadi.
lapisan kedua
-campurkan setin susu cair dengan satu tin air serta 7 sudu gula kedalam periuk dan masak diatas api sementara tu bancuh 4 sudu tepung kastard dengan 1/2 tin air.Bila agak mendidih masukkan bancuhan tepung kastard tadi kacau dan terus kacau sampai nampak likat dan tidak berketul jangan lupe sebelum tu masukkan esen vanila.Kendian angkat dan tuangkan keatas lapisan yang pertama tadi.taburkan lagi buah-buahan campuran tadi.
lapisan ketiga
-masak jelly kristal ikut sukatan yang tertera pada kotak atau pek jelly tadi.bila dah masak dan nampak sejuk sikit tapi masih cair la tuangkan ke atas lapisan buah tadi.Bila dah beku bolehla nak letak whipping cream ke atau yogurt .
saya guna agar-agar serbuk yang pek 20gm tu tapi saya rasa lagi elok guna jelly cristal.Untuk sukatan bahan diatas boleh muat tuk bekas saiz 7/8 x 10..tapi saya guna loyang bulat yang saiz kecil biasa takpa kalau berlebihan boleh letak dalam mangkuk ABC tu lagi senang nak makan..selamat mencuba.