Thursday, December 27, 2012

Segmen Ilmu sebentar !

Hai semua... ari nie Cik Nuyu seharian menghabiskan bacaan 2 novel yang bertajuk Sekebun Bunga Cinta dan Sayang 3 Dalam 1.. namun, di sini bukan Cik Nuyu mahu ulas dua2 novel ini tetapi memetik sedikit Segmen Ilmu yang terdapat dalam kedua2 novel ini yang merasakan perlu Cik Nuyu kongsikan kepada semua.. baiklah sekarang Cik Nuyu mulakannya ya !


Tapi sebelum tu kamo semua ingat x yang Cik Nuyu pernah postkan artikel tentang penyakit SLE yang pernah menjadi titik hitam mak sedara Cik Nuyu sendiri... kalu korang ingat la kan..hehe..
Di sini, Cik Nuyu ingin berkongsi penawar bagi penyakit ini kerana apabila terbace Segmen Ilmu dalm novel Sekebun Bunga Cinta terdapat cerita mengenai penyakit ini. Di bawah merupakan sedikit ilmu penawar bagi penyakit ini..

...kite semestinye percaya akan qadak dan qada' kan.. yang ilmu al-Quran itu merupakan pengubat segala penyakit.. di sini Cik Nuyu ingin kongsi beberapa ayat-ayat al-Quran yang boleh menjadi penawar kepada penyakit SLE..
- Amalan Minggu Pertama dan Kedua: bacala surah Al-An'aam ayat 51-58, baca 3kali selepas solat maghrib atau isyak serta surah Al-Israa' ayat 79-94, baca 3 kali selepas subuh atau waktu pagi.
- Amalan Minggu Ketiga dan Keempat: bacalah surah An-Nahli ayat 30-45, baca 3 kali selepas Maghrib @ Isyak dan surah Asy-Syura ayat 33-44, baca 3 kali selepas solat subuh @ waktu pagi.
-Amalan Minggu Kelima dan Keenam: bacalah surah Al-A'raaf ayat 75-81, baca 3 kali selepas solat maghrib @ isyak dan surah Al-Anbiyaa; ayat 74-81, baca 3 kali selepas soalt subuh @ waktu pagi.


dann... Segmen Ilmu dalam novel Sayang 3 Dalam 1 ialah merupakan ilmu yang saling berkaitan dengan ilmu yang terdapat dalam novel di atas. Hal ini kerana mengikut firman Allah s.w.t di bawah:

... "Wahai manusia! Sungguh, pelajaran (Al-Quran) telah datang kepadamu dari TuhanMu penyembuh bagi penyakit dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman." - Surah Yunus ayat 57


Namun.. Cik Nuyu juga banyak alpanye.. sering kali jgak lupa pada buku yang utama iaitu Al-Quran untuk dibaca.. sanggup CIk Nuyu habiskan masa dengan baca2 novel.. al-Quran Cik Nuyu jugak jarang membukanya.. apalah Cik Nuyu nie kan.. =( tetapi insya'Allah Cik Nuyu ingin bertekad akan membaca ayat-ayat al-Quran selepas solat lima waktu.. insya'Allah.. mohon didekatkan hati ini dengan kita suciMu Ya Allah! Oleh itu diruangan entri ini Cik Nuyu ingin berkongsi masa dan amalan beberapa ayat @ surah khusus yang Cik Nuyu amik dlam Segmen Ilmu nvel ini.. di arap kita semua dapat mempraktikkan segala amalan ini..insya'Allah..

MASA YANG DIUTAMAKAN MEMBACA AL_QURAN
1. Pada waktu tengah malam sehingga fajar adalah paling utama
2. Antara maghrib dan isyak
3. Sesudah solat subuh

AMALAN BEBERAPA AYAT & SURAH KHUSUS
1. Surah al-Ikhlas - Menyamai satu pertiga al-Quran. Dibaca 10 kali akan dibina sebuah istana di syurga.
2. Surah al-Falaq @ Surah al-Nas - Dibaca 3 kali untuk perlindungan daripada bencana dan perkara yang tidak diingini.
3. Ayatul Kursi (Surah Al-Baqarah, ayat 255) - Dibaca setiap kali setiap solat akan dimasukkan ke syurga, setiap huruf mengandungi 1000 keberkatan dan 1000 rahmat. Pahalanya menyamai satu perempat al-Quran.
4. Membaca Bismillahirrahmanirrahim.. - Digalakan membaca 21 kali sebelum tidur.
5. Surah Al-Fatihah - Dibaca 20 kali selepas setiap solat fardu merupakan amalan para solehin.
6. Surah al-Mukmin ayat 1-3 - Dibaca untuk keselamatan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pEmbErItAhUAn !!!

Blog ini diwujudkan untuk mencerita segala kisah suka duka hidup NUYU dan ia tidak melibatkan sesiapa yang tidak berkenaan...
Segala info2 dan artikel2 yang dicopy paste dalam blog NUYU ini akan dinyatakan dari mana sumbernya diambil...
Akhir kata, diharapkan segala coretan kat blog NUYU ini akan memberi manfaat kepada sesiapa yang suka terjah blog ini...

SEKIAN=)

NaK mAkAN !!