Showing posts with label diariku. Show all posts
Showing posts with label diariku. Show all posts

Tuesday, October 4, 2011

lelaki soleh idaman seorang wanita

MENCINTAI DIA DALAM DIAM..~

Ketika cinta kini HADIR tidak untuk Yang Maha Mengetahui, saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta. Izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba, mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA..Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..biar cinta itu kerana akhlak dan agama yanag ada dalam dirinya..

”Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA.” (QS. An Nuur: 32 )

Cukup cintai dia dalam DIAM.
Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesucinnya bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai dia dari KEJAUHAN.
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..

Cukup cintai dia dengan KESEDERHANAAN.
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan..

Maka cintailah dia dengan KEIKHLASAN.
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..?

~ Pilihan ALLAH itu yang TERBAIK..~
“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( QS. Al Baqarah: 216 )

Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..

”Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga” (Umar Bin Khattab ra)

Thursday, September 8, 2011

macam2 xtvt ari ni!!=)

haha....xciment disiapkan selama 1 hari...
xpernah buat pown...dah la dua xciment...
penat2.. tp lega dh sume dah antar..huhu..

petang td plak.. aq ngan beberapa kawan aq
p bermain futsal..alamak tournament dh nk dekat.. hujung bulan nie..
mampus aq!! dh td main xbetul2... sesuka hati aku je..
ish2...

mlm nie plak p umah terbuka jiran selang 2 buah rumah..
best makan nasi minyak, sate, ayam masak merak, acar, kuih raya, kek
dan bermacam2 lagi.... mmg best la sume hidangan td...
lupe lak nk amik gambar..sebb xbawak hp..
hehe..

Friday, September 2, 2011

raya datang lagi!!

maaf pengujung blogku..dh lama xupdate blog nie.. huhu..busy beraya.. nie raya ke-4 baru ad masa..hehe.. 
aq nie beraya sampai xingt xciment.. dh la xciment xsiap agi..ape nak jadi ngan aq nie..hehe..
ayoh & mok

family kak ida & abg lan

cik ta & cik die

akak2ku bersama dengan tok..
nie ada sket aq upload gambar2 raya aq untuk tahun nie... SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!.. =)

Wednesday, July 20, 2011

exciment sudah ditangan..

xciment PRA3111 dan PRA3112 sudah berada di tangan kini..
tinggal untuk membuatkannya aje!!
tp bilakah mahu dibuatnya.. kamik bizi ngan praktikum je leni..
tp xciment kali ini utk PRA3112 ku brasakan sangat susah utk dibuatnya..
ia melibatkan penglibatan ibu bapa.. susah sih??? macam mana nie???

Tuesday, July 19, 2011

selamat dh kene observe!!

tanggal 18 Julai 2011, aku selamat diobserve oleh en. halim..
terkejut jugak aku semasa en halim mai..
dh la bru lepas gabra bile tn.hj. aziz jaafar mai...
ish2.. teruk betul aq punyer kawalan kelas...
ape nk jadi daaa...
budak2 plak teramat la nakal..xdengar ckp aku..
geram wase...
tp nasib baik aq dapat satu cara utk tarik perhatian mereka..
iaitu dengan mendengarkan lagu CHICKEN DANCE..
mereka sangat suke akan lagu nie..
huhu..bermakna jgak aku beli mende alah dibawah nie..
mende alah ni dipanggil MA-19..function utk dgr lgu just cocok pendrive @micro SD..dn juga boleh dengar radio..
comel kn...

Thursday, July 14, 2011

minggu kedua praktikum..

minggu nie minggu kedua aku menjalani PRAKTIKUM FASA II di SKPG (2)...
ini penulisan jurnalku pada minggu kedua...

JURNAL

Bilangan Jurnal                   : Ke-2
Minggu Praktikum               : Kedua
Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 10 hingga 14 Julai 2011
Tajuk Jurnal                          : Masalah Kawalan Kelas

1.    Masalah
Pada minggu kedua, saya telah menghadapi masalah mengawal kelas. Pada hari Isnin dan Selasa (11-12 Julai 2011), saya telah mula mengajar satu hari penuh. Pada semester ini murid-murid Prasekolah SKPG (2) teramatlah  nakal sampai kawalan kelas pada semester ini pada mula saya rasa sangat teruk. Selain itu pengurusan masa saya juga lemah. Misalnya dalam aktiviti kumpulan lebih lagi kawalan kelas masa ini saya rasa sangat susah untuk mengawal kerana murid akan bertukar dari satu stesen ke satu stesen yang lain.

2.    Analisis
Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan yang saya jalankan mungkin cepat dan ‘simple’. Sampaikan terdapat kumpulan yang siap menyiapkannya. Hal ini kerana kumpulan yang cepat menyiapkan tugasan tersebut sudah pandai dan mereka yang selalu membuat bising. Oleh demikian, kawalan kelas menjadi sukar untuk dikawal. Di samping itu dalam pengurusan masa , saya tidak menyedari masa bergerak terlalu cepat. Daripada satu tunjang hendak ke tunjang lain itu saya selalu lambat atau terlebih masa.

3.    Cadangan Untuk Memperbaiki
-          Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan cara-cara mengawal kelas dan juga perancangan masa dengan lebih sempurna.
-          Bagi memastikan kawalan kelas tidak lagi tidak terkawal, saya kena sentiasa bersuara tegas kerana selama ini suara saya terlalu perlahan.
-          Bagi pembahagian masa pula, saya akan sentiasa mengunci jam tangan bagi menyelesaikan masalah ini.
-          Saya akan mendapat bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing dan pensayarah di samping berbincang dengan rakan-rakan.

4.    Tempoh Masa
Saya akan cuba mengatasi masalah ini pada sesi pengajaran akan dating kerana kawalan kelas dan pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya, masalah in tidak dapat diatasi segera, sudah tentu objektif-objektif yang telah dirancang tidak tercapai sepenuhnya.

5.    Tindakan Susulan
Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan objektif-objektif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan masa yang diperuntukkan dan menyediakan aktiviti pengukuhan yang berbeza bagi murid-murid yang ‘advance’ bagi mengawal kelas daripada bising. Biasanya pada hari Isnin, ketika aktiviti kumpulan dilaksanakan. Semasa aktiviti kumpulan, ia dijalankan selepas waktu rehat. Biasanya selepas waktu ini, kanak-kanak akan bergerak aktif kerana telah telah bertenaga. Oleh sebab itu, kawalan kelas pada masa ini sangat penting.

Tuesday, July 12, 2011

alhamdulillah..

syukran jugak...GB dh xnk sebarang laporan... mujoooooooooorrrrrrlahhhhhhhh..
huhu.. perkataan ni aq amik dr seniorku, NAIM..yg suka sgt sebut perkataan nie kat aq..
aq pown xtaw knp dye suke oyak gitu..fuh!!..
td kelas PN NOORIZAM.. mengantuknya Allah s.w.t yg tahu.. mujorlah ari khamis ni xda
kelas.. diganti pada minggu depan kerana puan ada appointment ngan doc..
huhu...nasib baek..

Friday, July 8, 2011

Yeah...Elaun dah dapat!!=))

erm... awal pagi tadi elaunku bg budak2 PISMP Sem 6 telah dapat....
apalagi sume barang yg molek2 ade je dh jd rosak... penangan elaun lambat kali
ini byak tol menduga aku.... banyak tol barang2 yg perlu dibeli dan dibaiki..
printer aq.... drpd rosaknye sedikit...dh menjadi roller patah... abis duit aq RM60..
waaaaaaaaaaa...waaaaaaaaaaaa..waaaaaaaaaaaaa....
selepas dibaiki td di KB MALL.. printer kembali beraksi.. ink dye plak buat hal..byk tol bocor..
kene beli yg len... RM100 jgak abis nanti.. tp xpe kalu printer rosak ni susah...
sume keje tertangguh... nak2 mase PRAKTIKUM ni.. printer amatklah diperlukan...
ko PRINTER PIXMA 160.. jgnlah buat hal lg ye... TUAN ko nie bukan cop duit!!!..

Thursday, July 7, 2011

seminggu berpraktikum!

tepat 7hb Julai 2011 hari ini, selamat seminggu aq berpraktikum di sekolah yg sama, iaitu SK Padang Garong 2
hari ini, aq terpaksa membuat refleksi dalam membandingkan guru pembimbingku yg baru dan yang lama..
susah bebenor rasenye.. dah la bru seminggu guru pembimbingku itu bertukar di sekolah tu.. dh kene bandingkan dye ngan CG AZMI.. susah betul la GB nie.. geram wase.. tp nak buat guane kan dh kene buat.. buat je la..
nanti kene marah plak..
sepanjang seminggu nie... sekolah tu ada membuat HARI SUKAN.. memang best!! rumah WAJA menang 3 kali berturut-turut.. bersemangat aku.. hehe..

Wednesday, June 29, 2011

resultku!!

salam diariku..
apa khabar pembaca sekalian..
pada 27/6/2011..
keputusan peperiksaanku sudah ku ketahui..
ari aq just dapat 3.4++ je..
sedey wase...=(
tp apa2 pun ku akan berusaha lagi pada semester ni..
erm.. 3 Julai 2011 hingga 25 Ogos 2011 aq akan
menjalankan PRAKTIKUM FASA 2!!
Selamat Berpraktikum rakan2 ku..=)

Sunday, June 26, 2011

debaran mengingatkan aq mati

semalam... (25/6/11)
pada mulanya debaran terasa sesudah asar..
malamnya makin kuat terasa debaran itu..
aq terfikir banyak kali..knp perasaan itu masih terasa lagi
walaupun menginjak ke waktu isya'..
sungguh aq terasa takut..
sampai memikirkn aq akan mati ke..??

hari ini... (26/6/11)
akak aq mesej bgtw dia pown berasa berdebar2 seperti aq semalam..
apakah persamaan ini Ya Tuhan???
akak aq terbace suatu artikel yg mana perasaan kami mcm sama je dgn tanda2
seperti dalam artikel tersebut..
apakah ajalku sudah dekat Ya Tuhan..
aq mohon ya Tuhan..
jika ajalku maki dekat..matikanlah aq dalam keimanan yang teguh trhadapmu..

ni artikel yang aq petik dari blog sepupuku:

Monday, June 20, 2011

semester baru!!

semester nie aq jd PENOLONG KETUA KUMPULAN @PKK..
moga aq dpt menjalankan tugas sempurna
aminnnnnnnn..

erm..sebelum tu aq ingin bercerita sikit..
selepas balik dr kursus pengakap baru2 ini...
ada la satu mamat ni aq suke dgr dye azan
sepnjang kusus yg kami menyertainya..
best suara mamat nie...
alangkah bestnye suamiku nanti pown cmtu..
moga aq dapat jodoh yg baik..amin..=)

Thursday, June 9, 2011

disaatku mencintaimu

nie lirik lagu "DI SAAT AKU MENCINTAIMU.."
aku suke dengar lagu..coz tersangat la best..
so pe lagi, dalam blog aq pown aq letak musik lagu nie..
erm.. selamat menghayati lagu ini ye..hehe.. =))

mengapa kau pergi, mengapa kau pergi
di saat aku mulai mencintaimu
berharap engkau jadi kekasih hatiku
malah kau pergi jauh dari hidupku
menyendiri lagi, menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hariku
di saat aku terbangun dari tidurku
reff:
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencintai dirimu
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencinta
menyendiri lagi, menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hariku
di saat aku terbangun dari tidurku
repeat reff
semoga engkau kan mengerti tentang perasaan ini
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta (indahnya cinta)
maaf sungguh ku tak bisa (tak bisa) untuk kembali padamu
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta
repeat reff
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencinta

Wednesday, June 8, 2011

blog baru!!

salam..
nie blog baru aku..
blog lama aku, IMATIEHA DIARi masuk virus..
xtaw la knp ley msuk virus...
sedey wase...
tp xpe la nie permulaan untuk blog aku..
boleh jgak aq berkarya di dalam nie..
moga blog ni xmasuk virus same ngan blog lama aku..
di sini la tempat luahan rase ati aku..

ok la c u lg.. =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pEmbErItAhUAn !!!

Blog ini diwujudkan untuk mencerita segala kisah suka duka hidup NUYU dan ia tidak melibatkan sesiapa yang tidak berkenaan...
Segala info2 dan artikel2 yang dicopy paste dalam blog NUYU ini akan dinyatakan dari mana sumbernya diambil...
Akhir kata, diharapkan segala coretan kat blog NUYU ini akan memberi manfaat kepada sesiapa yang suka terjah blog ini...

SEKIAN=)

NaK mAkAN !!