Wednesday, July 20, 2011

exciment sudah ditangan..

xciment PRA3111 dan PRA3112 sudah berada di tangan kini..
tinggal untuk membuatkannya aje!!
tp bilakah mahu dibuatnya.. kamik bizi ngan praktikum je leni..
tp xciment kali ini utk PRA3112 ku brasakan sangat susah utk dibuatnya..
ia melibatkan penglibatan ibu bapa.. susah sih??? macam mana nie???

jurnal minggu ketiga praktikum!!

Bilangan Jurnal                   : Ke-3
Minggu Praktikum               : Ketiga
Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 17 hingga 21 Julai 2011
Tajuk Jurnal                          : Diselia secara mengejut

1.    Masalah
Pada minggu ketiga, saya telah diselia oleh En. Halim bin Wan Ibrahim pada 18 Julai 2011 secara mengejut. Semasa diselia, saya masih menghadapi masalah pengawalan kelas dan bahan bantu mengajar terlalu sedehana besar.

2.    Analisis
Masalah ini timbul kerana suara saya tidak kuat dan jelas. Manakala aktiviti saya terlalu ‘simple’ menyebabkan bahan bantu mengajar saya terlalu sedehana besarnya. Misalnya, semasa diselia oleh En. Halim, saya telah mengajar Bahasa Inggeris (Modul Bertema). Di sini saya telah ditegur oleh En. Halim bahawa suara saya perlu kuatkan lagi dan jelas arahannya serta bahan bantu mengajar perlu diperbesarkan lagi. Pada waktu itu, saya telah membuat puppet lobak, kentang dan tomato.

3.    Cadangan Untuk Memperbaiki
-          Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan cara-cara mengawal kelas dan juga bagaimana menyediakan bahan bantu yang sempurna dan menarik.
-          Bagi memastikan kawalan kelas tidak lagi tidak terkawal, saya kena sentiasa bersuara tegas dan lantang kerana selama ini suara saya terlalu perlahan.
-          Bagi bahan bantu mengajar pula, saya akan membeli banyak contoh-contoh bahan bantu mengajar bagi menyelesaikan masalah ini.
-          Saya akan mendapat bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing dan pensyarah di samping berbincang dengan rakan-rakan.

4.    Tempoh Masa
Saya akan cuba mengatasi masalah ini pada sesi pengajaran akan datang kerana kawalan kelas yang baik dan bahan bantu mengajar yang menarik dapat menarik minat dan perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya, masalah in tidak dapat diatasi segera, sudah tentu objektif-objektif yang telah dirancang tidak tercapai sepenuhnya.

5.    Tindakan Susulan
Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan objektif-objektif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan masa yang diperuntukkan dan menyediakan aktiviti pengukuhan yang berbeza bagi murid-murid yang ‘advance’ bagi mengawal kelas daripada bising. Selain itu, bahan bantu mengajar perlulah menarik dan besar agar dapat menarik minat murid-murid. Biasanya semasa set induksi, murid-murid perlu ditarik minatnya semasa waktu ini agar pembelajaran seterusnya dapat berjalan dengan lancar. Murid-murid tidak bising dan kawalan kelas terkawal dengan baik.

Tuesday, July 19, 2011

selamat dh kene observe!!

tanggal 18 Julai 2011, aku selamat diobserve oleh en. halim..
terkejut jugak aku semasa en halim mai..
dh la bru lepas gabra bile tn.hj. aziz jaafar mai...
ish2.. teruk betul aq punyer kawalan kelas...
ape nk jadi daaa...
budak2 plak teramat la nakal..xdengar ckp aku..
geram wase...
tp nasib baik aq dapat satu cara utk tarik perhatian mereka..
iaitu dengan mendengarkan lagu CHICKEN DANCE..
mereka sangat suke akan lagu nie..
huhu..bermakna jgak aku beli mende alah dibawah nie..
mende alah ni dipanggil MA-19..function utk dgr lgu just cocok pendrive @micro SD..dn juga boleh dengar radio..
comel kn...

Thursday, July 14, 2011

minggu kedua praktikum..

minggu nie minggu kedua aku menjalani PRAKTIKUM FASA II di SKPG (2)...
ini penulisan jurnalku pada minggu kedua...

JURNAL

Bilangan Jurnal                   : Ke-2
Minggu Praktikum               : Kedua
Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 10 hingga 14 Julai 2011
Tajuk Jurnal                          : Masalah Kawalan Kelas

1.    Masalah
Pada minggu kedua, saya telah menghadapi masalah mengawal kelas. Pada hari Isnin dan Selasa (11-12 Julai 2011), saya telah mula mengajar satu hari penuh. Pada semester ini murid-murid Prasekolah SKPG (2) teramatlah  nakal sampai kawalan kelas pada semester ini pada mula saya rasa sangat teruk. Selain itu pengurusan masa saya juga lemah. Misalnya dalam aktiviti kumpulan lebih lagi kawalan kelas masa ini saya rasa sangat susah untuk mengawal kerana murid akan bertukar dari satu stesen ke satu stesen yang lain.

2.    Analisis
Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan yang saya jalankan mungkin cepat dan ‘simple’. Sampaikan terdapat kumpulan yang siap menyiapkannya. Hal ini kerana kumpulan yang cepat menyiapkan tugasan tersebut sudah pandai dan mereka yang selalu membuat bising. Oleh demikian, kawalan kelas menjadi sukar untuk dikawal. Di samping itu dalam pengurusan masa , saya tidak menyedari masa bergerak terlalu cepat. Daripada satu tunjang hendak ke tunjang lain itu saya selalu lambat atau terlebih masa.

3.    Cadangan Untuk Memperbaiki
-          Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan cara-cara mengawal kelas dan juga perancangan masa dengan lebih sempurna.
-          Bagi memastikan kawalan kelas tidak lagi tidak terkawal, saya kena sentiasa bersuara tegas kerana selama ini suara saya terlalu perlahan.
-          Bagi pembahagian masa pula, saya akan sentiasa mengunci jam tangan bagi menyelesaikan masalah ini.
-          Saya akan mendapat bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing dan pensayarah di samping berbincang dengan rakan-rakan.

4.    Tempoh Masa
Saya akan cuba mengatasi masalah ini pada sesi pengajaran akan dating kerana kawalan kelas dan pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya, masalah in tidak dapat diatasi segera, sudah tentu objektif-objektif yang telah dirancang tidak tercapai sepenuhnya.

5.    Tindakan Susulan
Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan objektif-objektif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan masa yang diperuntukkan dan menyediakan aktiviti pengukuhan yang berbeza bagi murid-murid yang ‘advance’ bagi mengawal kelas daripada bising. Biasanya pada hari Isnin, ketika aktiviti kumpulan dilaksanakan. Semasa aktiviti kumpulan, ia dijalankan selepas waktu rehat. Biasanya selepas waktu ini, kanak-kanak akan bergerak aktif kerana telah telah bertenaga. Oleh sebab itu, kawalan kelas pada masa ini sangat penting.

Tuesday, July 12, 2011

alhamdulillah..

syukran jugak...GB dh xnk sebarang laporan... mujoooooooooorrrrrrlahhhhhhhh..
huhu.. perkataan ni aq amik dr seniorku, NAIM..yg suka sgt sebut perkataan nie kat aq..
aq pown xtaw knp dye suke oyak gitu..fuh!!..
td kelas PN NOORIZAM.. mengantuknya Allah s.w.t yg tahu.. mujorlah ari khamis ni xda
kelas.. diganti pada minggu depan kerana puan ada appointment ngan doc..
huhu...nasib baek..

Friday, July 8, 2011

Yeah...Elaun dah dapat!!=))

erm... awal pagi tadi elaunku bg budak2 PISMP Sem 6 telah dapat....
apalagi sume barang yg molek2 ade je dh jd rosak... penangan elaun lambat kali
ini byak tol menduga aku.... banyak tol barang2 yg perlu dibeli dan dibaiki..
printer aq.... drpd rosaknye sedikit...dh menjadi roller patah... abis duit aq RM60..
waaaaaaaaaaa...waaaaaaaaaaaa..waaaaaaaaaaaaa....
selepas dibaiki td di KB MALL.. printer kembali beraksi.. ink dye plak buat hal..byk tol bocor..
kene beli yg len... RM100 jgak abis nanti.. tp xpe kalu printer rosak ni susah...
sume keje tertangguh... nak2 mase PRAKTIKUM ni.. printer amatklah diperlukan...
ko PRINTER PIXMA 160.. jgnlah buat hal lg ye... TUAN ko nie bukan cop duit!!!..

Thursday, July 7, 2011

seminggu berpraktikum!

tepat 7hb Julai 2011 hari ini, selamat seminggu aq berpraktikum di sekolah yg sama, iaitu SK Padang Garong 2
hari ini, aq terpaksa membuat refleksi dalam membandingkan guru pembimbingku yg baru dan yang lama..
susah bebenor rasenye.. dah la bru seminggu guru pembimbingku itu bertukar di sekolah tu.. dh kene bandingkan dye ngan CG AZMI.. susah betul la GB nie.. geram wase.. tp nak buat guane kan dh kene buat.. buat je la..
nanti kene marah plak..
sepanjang seminggu nie... sekolah tu ada membuat HARI SUKAN.. memang best!! rumah WAJA menang 3 kali berturut-turut.. bersemangat aku.. hehe..

Saturday, July 2, 2011

Diari Unguku- Part 1

Ponnnnnnnnnn....
"Hoi! Giler ke? Aku dah berhenti pon nak langgar," pekikku ke arah pemuda yang hampir melanggar kereta Myvi kesayanganku tadi.
"Maaf cik, saya tak sengaja, kereta belakang tu laju sangat. Motor saya dihimpitnya ke tepi," balas pemuda itu denga agak panik.
"Sudahlah, kalau awak tak laju masakan jadi begini. Itu pun nasib baik aku mengelak. Kalau tidak sah-sah jadi arwahlah aku," bentakku geram.
Aku berlalu dengan hati yang panas. Pemuda yang kumaki tadi nampak bengang. Ah! pedulikan!! Naik motor bukan main laju. Mentang-mentang motor dia besar, nak berlagak pulak.
Aku memandu keretaku laju. Inilah satu-satunya harta dan intan payungku dalam hidupku. Kalau kemalangan tadi alamatnya jalan kakilah aku bila hendak merambu time-time cuti sekolah nanti.
Memerap di rumah pon bosan juga. Lainlah kalau aku insan seni. Semua yang keluar daripadai otakku adalah 'sempoi' belaka. Tak boleh dibuat seni dan kalau dipaksa tentu jadi gila. Lagi haru!
Aku tersenyum sendirian sambil memandu laju kereta Myviku. Setiap mata memandang terasa begitu aneh sekali. Mungkin hairan melihat sikapku yang tersenyum sendirian. Itu mereka punya pasallah. Yang pasti, aku masih waras lagi.
Sesampai aku di rumah, akakku tersenyum memanjang. Ini mesti ada apa-apa, kalau tidak masakan macam kerang busuk. Aku membiarkannya tersengih sendirian. Malas aku hendak melayannya.
"Sis, tadi Aizat telefon. Dia tanya jadi tak pergi menonton teater di maktabnya?" beritahunya.
"Tengoklah dulu. lagipun teater tu dua minggu lagi. Ada sesiapa tahu Aizat telefon, Kak Ta?" tanyaku pantas. Aku tidak mahu sesiapa tahu perhubungan antara aku dan Aizat. Kak Ta penyimpan setia rahsiaku. Aku kagum dengan sikapnya itu.
"Tak," jawabnya ringkas.
Aku menarik nafas lega. Aizat.... hatiku berdetik. Kadang-kadang terasa bosan juga bila dia ajak keluar. Balik-balik menonton teater. Mentang-mentang lah cikgu BM. Erm..dia minat pada teater. Itu aku tahu sangat tetapi bagaimana dengan aku? Aku benci teater. Aku jugak ada hak dalam kehidupanku. Aku hanya pergi menonton teater hanya untuk mengambil hati Aizat, jejaka yang aku minati. Terasa seperti orang bodoh pula aku ni.
Aku bukan seorang kanak-kanak prasekolah. Mengapa perlu mebgikut telunjuk orang? Mungkin sebab aku gila bayang dengan Aizat. Mungkin juga...
Aku tahu buat masa ni dia seorang lelaki yang jujur dan baik hati terutamanya kepadaku. Lagipun ketampanan dan keikhlasan hatinya menyebabkan aku setia menunggunya. Masakan tidak , kalau aku melihatnya terasa aku melihat penyanyi korea kegemaranku, SEVEN.
Aduh... terlalu jauh aku merepek. Agaknya mengapa aku sukakan Aizat padahal semasa di sekolah dulu ramai juga yang menaruhkan hati padaku, antaranya Saha dan Zaha.
Mereka berdua pernah bergaduh keranaku. Bodoh betul mereka. Muka macam aku pon mereka hendak berebut. Kalaulah aku 'cun' macam Miss Universe tak mengapalah juga. Aku sedar siapa diriku.
Aku cuma meminati Aizat. Waktu itu hanya Aizat sahaja yang boleh membuka pintu hatiku. Maklumlah pintuku tertutup rapat umpama kulit durian muda. huhu.. Paling menghairankan aku sehingga kini tidak pernah Aizat mengucapkan kata cintanya kepadaku. Hanya yang pernah telingaku dengan ialah dia sukakan aku, bukannya cinta. Apa, dia ingat aku batu tepi jalan ke? Boleh dikutip jika mahu dan lempar bila tidak mahu!
"Entahlah........." aku mengeluh panjang.
Perhubunganku dengan Aizat memang telah lama terjalin. Kini dia telah pon melanjutkan pelajarannya di IPG KDRI. Manakala aku menyambut pelajaran di IPG KKB. Dia mengambil opsyen BM manakala aku opsyen Prasekolah. Aizat memang sesuai menjadi guru BM kerana dia ni seorang yang lembut, sentiasa memberiku dorongan dari dulu hingga sekarang jika aku mempunya masalah. Tentu anak muridnya akan sayang kepadanya nanti. Aku pun begitu juga.
Teringatkan Aizat, segera diari ungu baldu yang diberikan oleh Aizat semasa aku di bangku sekolah kutatap. Indah sekali ukiran di kulit diari itu? Apakah hati Aizat juga seungu buku itu? Adakah cintanya juga seindah ukiran di diari pemberiannya itu? Kalau ya, baguslah.


bersambung....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pEmbErItAhUAn !!!

Blog ini diwujudkan untuk mencerita segala kisah suka duka hidup NUYU dan ia tidak melibatkan sesiapa yang tidak berkenaan...
Segala info2 dan artikel2 yang dicopy paste dalam blog NUYU ini akan dinyatakan dari mana sumbernya diambil...
Akhir kata, diharapkan segala coretan kat blog NUYU ini akan memberi manfaat kepada sesiapa yang suka terjah blog ini...

SEKIAN=)

NaK mAkAN !!