Saturday, July 2, 2011

Diari Unguku- Part 1

Ponnnnnnnnnn....
"Hoi! Giler ke? Aku dah berhenti pon nak langgar," pekikku ke arah pemuda yang hampir melanggar kereta Myvi kesayanganku tadi.
"Maaf cik, saya tak sengaja, kereta belakang tu laju sangat. Motor saya dihimpitnya ke tepi," balas pemuda itu denga agak panik.
"Sudahlah, kalau awak tak laju masakan jadi begini. Itu pun nasib baik aku mengelak. Kalau tidak sah-sah jadi arwahlah aku," bentakku geram.
Aku berlalu dengan hati yang panas. Pemuda yang kumaki tadi nampak bengang. Ah! pedulikan!! Naik motor bukan main laju. Mentang-mentang motor dia besar, nak berlagak pulak.
Aku memandu keretaku laju. Inilah satu-satunya harta dan intan payungku dalam hidupku. Kalau kemalangan tadi alamatnya jalan kakilah aku bila hendak merambu time-time cuti sekolah nanti.
Memerap di rumah pon bosan juga. Lainlah kalau aku insan seni. Semua yang keluar daripadai otakku adalah 'sempoi' belaka. Tak boleh dibuat seni dan kalau dipaksa tentu jadi gila. Lagi haru!
Aku tersenyum sendirian sambil memandu laju kereta Myviku. Setiap mata memandang terasa begitu aneh sekali. Mungkin hairan melihat sikapku yang tersenyum sendirian. Itu mereka punya pasallah. Yang pasti, aku masih waras lagi.
Sesampai aku di rumah, akakku tersenyum memanjang. Ini mesti ada apa-apa, kalau tidak masakan macam kerang busuk. Aku membiarkannya tersengih sendirian. Malas aku hendak melayannya.
"Sis, tadi Aizat telefon. Dia tanya jadi tak pergi menonton teater di maktabnya?" beritahunya.
"Tengoklah dulu. lagipun teater tu dua minggu lagi. Ada sesiapa tahu Aizat telefon, Kak Ta?" tanyaku pantas. Aku tidak mahu sesiapa tahu perhubungan antara aku dan Aizat. Kak Ta penyimpan setia rahsiaku. Aku kagum dengan sikapnya itu.
"Tak," jawabnya ringkas.
Aku menarik nafas lega. Aizat.... hatiku berdetik. Kadang-kadang terasa bosan juga bila dia ajak keluar. Balik-balik menonton teater. Mentang-mentang lah cikgu BM. Erm..dia minat pada teater. Itu aku tahu sangat tetapi bagaimana dengan aku? Aku benci teater. Aku jugak ada hak dalam kehidupanku. Aku hanya pergi menonton teater hanya untuk mengambil hati Aizat, jejaka yang aku minati. Terasa seperti orang bodoh pula aku ni.
Aku bukan seorang kanak-kanak prasekolah. Mengapa perlu mebgikut telunjuk orang? Mungkin sebab aku gila bayang dengan Aizat. Mungkin juga...
Aku tahu buat masa ni dia seorang lelaki yang jujur dan baik hati terutamanya kepadaku. Lagipun ketampanan dan keikhlasan hatinya menyebabkan aku setia menunggunya. Masakan tidak , kalau aku melihatnya terasa aku melihat penyanyi korea kegemaranku, SEVEN.
Aduh... terlalu jauh aku merepek. Agaknya mengapa aku sukakan Aizat padahal semasa di sekolah dulu ramai juga yang menaruhkan hati padaku, antaranya Saha dan Zaha.
Mereka berdua pernah bergaduh keranaku. Bodoh betul mereka. Muka macam aku pon mereka hendak berebut. Kalaulah aku 'cun' macam Miss Universe tak mengapalah juga. Aku sedar siapa diriku.
Aku cuma meminati Aizat. Waktu itu hanya Aizat sahaja yang boleh membuka pintu hatiku. Maklumlah pintuku tertutup rapat umpama kulit durian muda. huhu.. Paling menghairankan aku sehingga kini tidak pernah Aizat mengucapkan kata cintanya kepadaku. Hanya yang pernah telingaku dengan ialah dia sukakan aku, bukannya cinta. Apa, dia ingat aku batu tepi jalan ke? Boleh dikutip jika mahu dan lempar bila tidak mahu!
"Entahlah........." aku mengeluh panjang.
Perhubunganku dengan Aizat memang telah lama terjalin. Kini dia telah pon melanjutkan pelajarannya di IPG KDRI. Manakala aku menyambut pelajaran di IPG KKB. Dia mengambil opsyen BM manakala aku opsyen Prasekolah. Aizat memang sesuai menjadi guru BM kerana dia ni seorang yang lembut, sentiasa memberiku dorongan dari dulu hingga sekarang jika aku mempunya masalah. Tentu anak muridnya akan sayang kepadanya nanti. Aku pun begitu juga.
Teringatkan Aizat, segera diari ungu baldu yang diberikan oleh Aizat semasa aku di bangku sekolah kutatap. Indah sekali ukiran di kulit diari itu? Apakah hati Aizat juga seungu buku itu? Adakah cintanya juga seindah ukiran di diari pemberiannya itu? Kalau ya, baguslah.


bersambung....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pEmbErItAhUAn !!!

Blog ini diwujudkan untuk mencerita segala kisah suka duka hidup NUYU dan ia tidak melibatkan sesiapa yang tidak berkenaan...
Segala info2 dan artikel2 yang dicopy paste dalam blog NUYU ini akan dinyatakan dari mana sumbernya diambil...
Akhir kata, diharapkan segala coretan kat blog NUYU ini akan memberi manfaat kepada sesiapa yang suka terjah blog ini...

SEKIAN=)

NaK mAkAN !!