Bilangan Jurnal : Ke-3
Minggu Praktikum : Ketiga
Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 17 hingga 21 Julai 2011
Tajuk Jurnal : Diselia secara mengejut
1. Masalah
Pada minggu ketiga, saya telah diselia oleh En. Halim bin Wan Ibrahim pada 18 Julai 2011 secara mengejut. Semasa diselia, saya masih menghadapi masalah pengawalan kelas dan bahan bantu mengajar terlalu sedehana besar.
2. Analisis
Masalah ini timbul kerana suara saya tidak kuat dan jelas. Manakala aktiviti saya terlalu ‘simple’ menyebabkan bahan bantu mengajar saya terlalu sedehana besarnya. Misalnya, semasa diselia oleh En. Halim, saya telah mengajar Bahasa Inggeris (Modul Bertema). Di sini saya telah ditegur oleh En. Halim bahawa suara saya perlu kuatkan lagi dan jelas arahannya serta bahan bantu mengajar perlu diperbesarkan lagi. Pada waktu itu, saya telah membuat puppet lobak, kentang dan tomato.
3. Cadangan Untuk Memperbaiki
- Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan cara-cara mengawal kelas dan juga bagaimana menyediakan bahan bantu yang sempurna dan menarik.
- Bagi memastikan kawalan kelas tidak lagi tidak terkawal, saya kena sentiasa bersuara tegas dan lantang kerana selama ini suara saya terlalu perlahan.
- Bagi bahan bantu mengajar pula, saya akan membeli banyak contoh-contoh bahan bantu mengajar bagi menyelesaikan masalah ini.
- Saya akan mendapat bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing dan pensyarah di samping berbincang dengan rakan-rakan.
4. Tempoh Masa
Saya akan cuba mengatasi masalah ini pada sesi pengajaran akan datang kerana kawalan kelas yang baik dan bahan bantu mengajar yang menarik dapat menarik minat dan perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya, masalah in tidak dapat diatasi segera, sudah tentu objektif-objektif yang telah dirancang tidak tercapai sepenuhnya.
5. Tindakan Susulan
Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan objektif-objektif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan masa yang diperuntukkan dan menyediakan aktiviti pengukuhan yang berbeza bagi murid-murid yang ‘advance’ bagi mengawal kelas daripada bising. Selain itu, bahan bantu mengajar perlulah menarik dan besar agar dapat menarik minat murid-murid. Biasanya semasa set induksi, murid-murid perlu ditarik minatnya semasa waktu ini agar pembelajaran seterusnya dapat berjalan dengan lancar. Murid-murid tidak bising dan kawalan kelas terkawal dengan baik.
No comments:
Post a Comment