Thursday, July 14, 2011

minggu kedua praktikum..

minggu nie minggu kedua aku menjalani PRAKTIKUM FASA II di SKPG (2)...
ini penulisan jurnalku pada minggu kedua...

JURNAL

Bilangan Jurnal                   : Ke-2
Minggu Praktikum               : Kedua
Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 10 hingga 14 Julai 2011
Tajuk Jurnal                          : Masalah Kawalan Kelas

1.    Masalah
Pada minggu kedua, saya telah menghadapi masalah mengawal kelas. Pada hari Isnin dan Selasa (11-12 Julai 2011), saya telah mula mengajar satu hari penuh. Pada semester ini murid-murid Prasekolah SKPG (2) teramatlah  nakal sampai kawalan kelas pada semester ini pada mula saya rasa sangat teruk. Selain itu pengurusan masa saya juga lemah. Misalnya dalam aktiviti kumpulan lebih lagi kawalan kelas masa ini saya rasa sangat susah untuk mengawal kerana murid akan bertukar dari satu stesen ke satu stesen yang lain.

2.    Analisis
Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan yang saya jalankan mungkin cepat dan ‘simple’. Sampaikan terdapat kumpulan yang siap menyiapkannya. Hal ini kerana kumpulan yang cepat menyiapkan tugasan tersebut sudah pandai dan mereka yang selalu membuat bising. Oleh demikian, kawalan kelas menjadi sukar untuk dikawal. Di samping itu dalam pengurusan masa , saya tidak menyedari masa bergerak terlalu cepat. Daripada satu tunjang hendak ke tunjang lain itu saya selalu lambat atau terlebih masa.

3.    Cadangan Untuk Memperbaiki
-          Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan cara-cara mengawal kelas dan juga perancangan masa dengan lebih sempurna.
-          Bagi memastikan kawalan kelas tidak lagi tidak terkawal, saya kena sentiasa bersuara tegas kerana selama ini suara saya terlalu perlahan.
-          Bagi pembahagian masa pula, saya akan sentiasa mengunci jam tangan bagi menyelesaikan masalah ini.
-          Saya akan mendapat bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing dan pensayarah di samping berbincang dengan rakan-rakan.

4.    Tempoh Masa
Saya akan cuba mengatasi masalah ini pada sesi pengajaran akan dating kerana kawalan kelas dan pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya, masalah in tidak dapat diatasi segera, sudah tentu objektif-objektif yang telah dirancang tidak tercapai sepenuhnya.

5.    Tindakan Susulan
Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan objektif-objektif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan masa yang diperuntukkan dan menyediakan aktiviti pengukuhan yang berbeza bagi murid-murid yang ‘advance’ bagi mengawal kelas daripada bising. Biasanya pada hari Isnin, ketika aktiviti kumpulan dilaksanakan. Semasa aktiviti kumpulan, ia dijalankan selepas waktu rehat. Biasanya selepas waktu ini, kanak-kanak akan bergerak aktif kerana telah telah bertenaga. Oleh sebab itu, kawalan kelas pada masa ini sangat penting.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pEmbErItAhUAn !!!

Blog ini diwujudkan untuk mencerita segala kisah suka duka hidup NUYU dan ia tidak melibatkan sesiapa yang tidak berkenaan...
Segala info2 dan artikel2 yang dicopy paste dalam blog NUYU ini akan dinyatakan dari mana sumbernya diambil...
Akhir kata, diharapkan segala coretan kat blog NUYU ini akan memberi manfaat kepada sesiapa yang suka terjah blog ini...

SEKIAN=)

NaK mAkAN !!