Saturday, December 31, 2011

Taare Zameen Par

kisah hidup seorang kanak-kanak istimewa yang sangat memberi pengajaran kepada aku untuk lebih mendalami lagi hati kanak-kanak..
dah beberapa kali aku tengok cerita nie.. best sangat hingga sekali tengok
banyak kali air mataku menitis..
mmg power betul ilham dari amir khan

Saturday, December 3, 2011

centerkan tajuk post title & side bar

1. Log in > Dashboard > Design > Edit html
2. Then , tekan ctrl + F and korunk cari kod ni 

Untuk sidebar
h2 {

 Untuk Post Title
h3.post-title {
@atau

h4 {

 3. Copy kod kat bawah nih ;)

text-align:center;

4.  Then , paste kat bawah kod yang korang cari tadi.
5. Jgn lupa save plak auhh ;) =siap=

koleksi novel cinta

ni la antara novel2 yg paling aq suka sekali baca.. NOVEL ADAM & HAWA karya Aisya Sofea..
ni aq ad bg sinopsis sket tentang novel nie...hehe

ADAM DAN HAWA
Ain, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yg berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yg ditinggalkan, menghitung hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah!Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata. Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik, perasaannya jadi gementar,hidupnya tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun 8 tahun lagi...

nota pra3108-part 4

AKTA PENDIDIKAN 1996-seksyen 50(1) pengajaran agama islam
Ø Pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Islam adalah berdasarkan peruntukan perundangan yang kuat dan jelas.
Ø Perlembagaan Malaysia :
o   Perkara 3. (1) agama Islam ialah agama bagi persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
o   Perkara 12. (3) tiada sesiapa pun boleh diwajibkan menerima ajaran-ajaran mengenai apa-apa agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang sesuatu agama yang lain daripada agamanya sendiri.
Akta Pendidikan 1996 :
kalu nak taw klik read more..(^_^)V

nota pra3108-part 3

KONSEP KEROHANIAN DALAM ISLAM
Aspek yang ditekankan dalam membentuk kerohanian dalam Islam antaranya ialah:

1.    Syahadah
a.  Fahaman asas atau ajaran Islam “ashadu ‘al-la illa-llahu wa ‘ashadu ‘anna muhammadan rasulu-llahu bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah”
b.    Wasiat ini adalah asas untuk semua kepercayaan lain dan amalan dalam Islam. Muslim harus mengulangi syahadah dalam sembahyang dan bukan Muslim yang ingin memeluk islam diperlukan untuk membaca fahaman ini

2.    Solat
a.    Dilakukan 5 kali sehari
b.    Dilakukan untuk memfokuskan minda pada Allah, dan dilihat sebagai komunikasi peribadi denganNya yang meluahkan kesyukuran dan penyembahan
c.    Wajib tetapi fleksibiliti dalam spesifik dibenarkan bergantung pada keadaan
d.    Ibadat dilaksankan dalam bahasa Arab dan terdiri dari ayat Al-Quran

3.    Zakat
kalu nk bace klik read more taw..(^_^)V

nota pra3108-part 2

KONSEP KEROHANIAN
1. Rohani :  Entri abstrak yang membezakan manusia dan makhluk lain.
2. Akal : Terlibat dalam proses persepsi, pemahaman dan pembinaan ilmu.
3. Nafsu : Mengurus dan mentadbir tubuh, membekalkan daya pendorong, tempat focus daya   
                 shahwat dan marah
4. Kalbu : Terlibat dalam proses meneriama hidayah dan penerangan institut


KONTEKS KEROHANIAN
·     Kerohanian adalah satu bentuk pembinaan yang menjadikan perkembangan rohani sebagai tujuan bagi kehidupan insane dan sebab kejadiannya.
·         Tidak kelihatan pada pandangan kasar tetapi dilihat dari manifestasinya sahaja.
·         Pembinaan yang memberi makna yang hakiki kepada diri, insane dan kehidupannya.
·         Tanpanya tujuan hidup dan sebab bagi kejadiannya akan hilang
·         Kerohanian merangkumi aspek-aspek seperti:
o   Keyakinan kepada tuhan
o   Kepercayaan kepada agama
o   Kemantapan jiwa
o   Penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat
o   Berbudi pekerti mulia

nota pra3108-part 1

PENGENALAN KEPADA KEROHANIAN
Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan kea rah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, ketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara” Falsafah Pendidikan Kebangsaan
·         Ahli psikologi Barat yang Sekular
o   Mentakrifkan “pembinaan insane” sebagai satu usaha untuk mempertingkatkan pertumbuhan, perkembangan dan kemajuan hidup manusia ke tahap yang maksimum dalam aspek-aspek duniawi yang berpandukan sains dan citarasa masyarakat yang menumpukan kepada 3 aspek (ekonomi, industry, teknologi) dengan mengenepikan aspek-aspek kerohanian dan pencipta.
·         Ahli Psikologi Islam
o   Mentakrifkan “pembinaan insane” sebagai satu usaha mempertingkatkan kesejahteraan manusia ke tahap yang optima alam semua aspek kehidupan berlandaskan paradigm tauhid
·         Konteks Kerohanian
o   Kerohanian berasal dari perkataan “roh”
o   Ia adalah urusan Tuhan dan kita diberi sedikit sahaja pengetahuan tentangNya
o   Dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu:
§  Akal
§  Rohani
§  Nafsu
§  Kalbu

ape kes 09/11/2011 !!!!

lame xupdate blog aq ni..
dh berkarat agaknye..hahaha
berkarat apenye aku baru je update smlm...kih3

eh melalut la aku ni..hehe..nak tahu x ape jadi ngan tarikh nie??
nak tahu jommmmmmmmmmmmm....

hahaha,,..terkejut kew???
xda la suprise sgt tarikh ni..
tarikh ni merupakan hari perkahwinan akak aku la..
bukan aku ye..
aku lambat lagi...tunggu Prince Charming aku ntah bile
munculnye...hehehe..
mari kita tgk gmbar2 spanjang perkahwinan akakku, NORHAIZA & abg iparku, SHAMSUL..
jom layannnnnnnnnnnnnzzzzzzz!!!

inilah abg iparku, Shamsul Ali 

Ini pulak hantaran kedua-dua belah pihak
ini nampak lebih jelas sket bg hantaran pihak perempuan kepada lelaki..
opss maaf hantaran pihak lelaki aq xingat nak amik..hehe
gambar ni pulak sekitar majlis akad nikah akakku, Kak Nor..(^_^)V

Gambar sekitar Majlis Persandingan akakku, Kak Nor...

SELAMAT PENGANTIN BARU buat akakku tersayang KAK NOR & ABG SHAM.. (^_^)V



Friday, December 2, 2011

Tutorial : Create Page Untuk Menu Tab (Biasa)

1. Dashboard > New Post > Edit Pages

2. Tekan Create Page / New Page spt gambar di bawah :


2. Then , dekat page titile , korang taip lah apa yang korang suka , ok ?

 

3. Ok . Contoh kat bawah ni , kalau korang nak taip terus dekat page itu . Contoh nya , macam kalau nak tulis pasal kita ker. terus je taip kat situ ok?


4. Kalau korang nak letak link dalam page tu , pulak , macam in . Korang taip dulu tajuk yang korang suka . taip tajuk yang berkenaan yer .. Contoh kt bwh:


5. Then , korang pergi dekat Blog korang . Make Sure , korang ada post pasal "something" dulu .. post macam biasa)>new post untuk korang letak kan dalam page. Contoh kat bawah .. Then . boleh lah korang nak copy pula nanti , link itu ..


6. Sudah copy kan , link korang ? Then , pergi dekat page tadi .. Korang highlight pulak , tajuk yang berkenaan tu. BUKAN "Title pages" tapi , tajuk kat dalam entry , yang Lyssa suruh taip kan tadi tau ?


7. Then , dekat atas tuh , ada tulis perkataan link kan ? Atau , kalau tak de. Dia ada bulat warna hijau , (hyperlink) . adakan ? Korang klik kat situ ;) Ia akan keluar macam dekat bawah ni :


8. Dah tu , apa lagi ..? Paste lah link tadi , yang Lyssa suruh copy tadi tuu.. HEHE . Tekan ok ! Kan dah siap ! Senang kan ? hee~

9. Ha ! kejap .. kejapp ! Nanti dulu ! jangan Hepi sangat ! tak abis lagii lah .hehe ;) Sekarag , korang pergi CEPAT , tekan Publish Post kat bawah yang warna oren tuu .

10. Dia ada keluar macam ini takk ?


11. Then , korang TICK macam yang Lyssa tunjuk kan tu . SAVE . And Lihat lah hasil nya ;)

12. Menjadi tak ? hehe ! Ini untuk TAB yang ringkas je lah ! . Kalau nak TAB Macam MENU TAB Lyssa tu , nanti , tengok Entry yang seterusya , ok ?:)

13 . Kalau korang rasa TAB tu ,tak bape lawa , korang boleh tukar warna TAB dekat .:

  • Design > Template Designer > Advance > Tab Text . 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pEmbErItAhUAn !!!

Blog ini diwujudkan untuk mencerita segala kisah suka duka hidup NUYU dan ia tidak melibatkan sesiapa yang tidak berkenaan...
Segala info2 dan artikel2 yang dicopy paste dalam blog NUYU ini akan dinyatakan dari mana sumbernya diambil...
Akhir kata, diharapkan segala coretan kat blog NUYU ini akan memberi manfaat kepada sesiapa yang suka terjah blog ini...

SEKIAN=)

NaK mAkAN !!