Saturday, December 3, 2011

nota pra3108-part 4

AKTA PENDIDIKAN 1996-seksyen 50(1) pengajaran agama islam
Ø Pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Islam adalah berdasarkan peruntukan perundangan yang kuat dan jelas.
Ø Perlembagaan Malaysia :
o   Perkara 3. (1) agama Islam ialah agama bagi persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
o   Perkara 12. (3) tiada sesiapa pun boleh diwajibkan menerima ajaran-ajaran mengenai apa-apa agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang sesuatu agama yang lain daripada agamanya sendiri.
Akta Pendidikan 1996 :
kalu nak taw klik read more..(^_^)V





- Seksyen 50. (1) jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
- Seksyen 51. (b) tiada murid boleh mengikuti pengajaran agama selain daripada agama yang dianutinya, kecuali dengan keizinan bertulis ibu bapanya.
- Seksyen 52. tertakluk kepada apa-apa syarat dan batasan yang difikirkan oleh Menteri patut dikenakan, bantuan kewangan secara sumbangan boleh diberikan daripada wang yang diperuntukan oleh Parlimen kepada sesuatu institusi pendidikan Islam yang tidak disenggarakan oleh Menteri di bawah Akta ini atau oleh Kerajaan sesuatu Negeri dan yang adalah institusi pendidikan mengikut pengertian Akta ini atau bukan institusi pendidikan sedemikian hanya kerana pengajaran di institusi itu adalah terbatas kepada pengajaran agama Islam semata-semata.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pEmbErItAhUAn !!!

Blog ini diwujudkan untuk mencerita segala kisah suka duka hidup NUYU dan ia tidak melibatkan sesiapa yang tidak berkenaan...
Segala info2 dan artikel2 yang dicopy paste dalam blog NUYU ini akan dinyatakan dari mana sumbernya diambil...
Akhir kata, diharapkan segala coretan kat blog NUYU ini akan memberi manfaat kepada sesiapa yang suka terjah blog ini...

SEKIAN=)

NaK mAkAN !!