Saturday, December 3, 2011

nota pra3108-part 1

PENGENALAN KEPADA KEROHANIAN
Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan kea rah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, ketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara” Falsafah Pendidikan Kebangsaan
·         Ahli psikologi Barat yang Sekular
o   Mentakrifkan “pembinaan insane” sebagai satu usaha untuk mempertingkatkan pertumbuhan, perkembangan dan kemajuan hidup manusia ke tahap yang maksimum dalam aspek-aspek duniawi yang berpandukan sains dan citarasa masyarakat yang menumpukan kepada 3 aspek (ekonomi, industry, teknologi) dengan mengenepikan aspek-aspek kerohanian dan pencipta.
·         Ahli Psikologi Islam
o   Mentakrifkan “pembinaan insane” sebagai satu usaha mempertingkatkan kesejahteraan manusia ke tahap yang optima alam semua aspek kehidupan berlandaskan paradigm tauhid
·         Konteks Kerohanian
o   Kerohanian berasal dari perkataan “roh”
o   Ia adalah urusan Tuhan dan kita diberi sedikit sahaja pengetahuan tentangNya
o   Dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu:
§  Akal
§  Rohani
§  Nafsu
§  Kalbu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pEmbErItAhUAn !!!

Blog ini diwujudkan untuk mencerita segala kisah suka duka hidup NUYU dan ia tidak melibatkan sesiapa yang tidak berkenaan...
Segala info2 dan artikel2 yang dicopy paste dalam blog NUYU ini akan dinyatakan dari mana sumbernya diambil...
Akhir kata, diharapkan segala coretan kat blog NUYU ini akan memberi manfaat kepada sesiapa yang suka terjah blog ini...

SEKIAN=)

NaK mAkAN !!